Assalamualaikum :)
"Isteri kedua? kenapa perlu laki aku cari perempuan lain diluar? gatal sangat! yang perempuan ni pun satu..dah xda jantan lain nak..laki aku juga..hishhhhh!!!!"
Begitulah keluhan-keluhan yang kebanyakan isteri pertama lontarkan. Segala caci maki ditaburkan pada isteri kedua. Ya, siapa tak sayang laki oii..nak ke berkongsi kasih dengan orang lain? tak mungkin. Tapi kenapa tak bagi peluang pada isteri kedua untuk luahkan apa pulak yang dilaluinya..bukan salahnya mencintai seorang lelaki, bukan cita-citanya menjadi isteri yang kedua..sudah begitu qada dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT..dia juga tak mampu untuk menolaknya.
Sedarkah orang lain betapa deritanya menanggung perasaan menjadi yang kedua? terpaksa selalu beralah pada yang pertama..walau sakit hatinya, terpaksa senyum untuk menjaga hati suaminya..layanan sang suami manusia yang biasa pula tipu la kalau adil 100%..pasti ada lebih sikit dimana-mana..dan selalunya yang lebih tu pasti kearah isteri pertama..tapi isteri kedua langsung tidak kisah walau memang kadang-kadang terguris perasaannya. Menjadi isteri kedua, menguji banyak kesabaran dari segi mental dan fizikal.
Pernah terlintas tak difikiran, pilihan-pilihan yang sang suami terpaksa buat untuk cuba membahagiakan kedua-dua pihak. Pihak kedua pastinya selalu beralah. contohnya, ketika isteri kedua ingin menyambut hari ulangtahun perkahwinan, pasti dia mahu suami ada disisi..pada masa yang sama, anak isteri pertama sakit..kamu rasa yang mana satu pilihan si suami? jika kamu memilih untuk si suami berada disisi isteri kedua, namun tahukah kamu pilihan isteri kedua yang memahami dan sedar walaupun perit, dia tetap akan berkata dan tersenyum "pergilah abang..lain kali pun boleh celebrate." dan sebab itu suami lebih sayang isteri kedua bukan sebab isteri kedua masih bergetah tapi sebaliknya lebih memahami :)
itu hanya pendapat saya :) jangan marah ye..jentik minda sikit..