Saturday, 15 December 2012
Kuasa seorang anak
Hari ini saya lepak dengan kawan2 saya di sebuah restoran...tidak fokus sangat dengan apa yang kami sedang bualkan..saya khusyuk memandang seorang kanak2 perempuan comel (mungkin berusia dalam 6 tahun) leka bermain2 anak patung sambil membebel2 minta order di meja sebelah bersama mamanya dan kakaknya...kecik2 tapi banyak cakap..mau saja saya cubit pipinya..
Mamanya kelihatan bingung melayan karenah kedua anaknya..minta itu la minta ini lah..dah order minta lagi yg lain..si kecil 6 tahun ni pula minta Maggi lagi..mamanya suda mula menunjukkan muka harimaunya..tiba2 satu kejadian yang sangat pantas berlaku..mamanya berubah wajah..dari bengis bertukar senyuman bahagia..ciuman sikecil dipipi mamanya secara spontan meredakan segalanya..besarnya kuasa seorang anak..bisa lembutkan hati ibunya yang marah..
Anak mempunyai kuasa yang sangat besar dan sangat memberikan impak kepada ibu bapanya...boleh buat mereka menangis..ketawa..tersenyum..bahagia..gembira..terkilan...namun ada diantara kita yang kurang sedar tentang hal sedemikian..perkara yang kita anggap remeh tapi sebenarnya sangat penting dan besar bagi mereka..kita selalu pentingkan diri sendiri daripada perasaan mereka..lupa segala pengorbanan mereka..astghfir..
Walaupun hanya mendapat tempat ke 5 atau hanya sekadar lulus..gembiranya si ibu..mungkin dimulutnya "belajar lagi banyak2..tengok anak si polan tu dapat no 3.." tapi percayalah dalam hati seorang ibu "Alhamdulillah..syukur lah lulus" dan kalau kita tak lulus sekalipun..ungkapan dimulutnya pasti pedas..marah2..tapi di hatinya "Ya Allah, ampunkan aku kerana tidak dapat mengajar anakku dengan baik." atau "Semoga masa akan datang akan dapat lebih baik"..
Dan walaupun hanya perkataan "Ah mama ni.." sudah cukup buat hati si ibu terluka..ingat..tidak cium bau syurga kiranya kamu menderhaka kepada ibu mu..seorang anak bisa melembutkan hati yang sedang marah..bisa menyakitkan hati yang sedang gembira..oleh itu, berhati2 bila bersama dengan kedua ibubapa..jaga perlakuan..tutur kata dan adab..
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
jentik minda anda
Monday, 22 October 2012
Bangga menjadi diri sendiri!!
Antara label2 yang dikategorikan agak kejam dihati..contohnya, bila pakai makeup sikit, orang cakap kita ni fake..tak tunjuk diri sebenar..bila kita cakap apa yang benar difikiran kita, orang cakap kita ni perempuan tak sedar diri..bila kita menangis, kita cengeng..drama queen. Bila kita ada kawan lelaki ramai2, kita perempuan murahan..bila kita memperjuangkan hak sendiri, kita banyak mulut. bila kita jadi diri sendiri, kita poyo, eksen, membangga2 diri..jadi macam mana lagi untuk puaskan hati orang? untuk tutup mulut orang? yang deritanya kita..fikir macamana supaya kita ni tidak menjadi bahan 'labelan' orang lain.kadang2 terfikir juga, apa hasil yang diorang dapat? dapat duit ka? kalau betul, mau jugakkk..haha
Sebenarnya, mudah saja..PERSETANKAN semua mulut2 yang mengata itu..kerana mulut2 itu tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka katakan untuk menjatuhkan orang lain..Kita akan selalu menemui kegagalan jika selalu mencari2 cara untuk puaskan hati semua orang..hati kita siapa mau puaskan? bukan mudah untuk puaskan hati semua orang, jadi kenapa perlu bersusah..biarkan saja mereka dengan duniawi mereka..yang penting apa yang kita lakukan tidak melebihi batasnya, tidak melanggar hukum dan ajaran agama..
SO, KEPADA SEMUA MANUSIA YANG SERING MELABEL ORANG LAIN, GO AHEAD AND LABEL US!! WE DON'T CARE ANYMORE CAUSE WE ARE DAMN PROUD OF OURSELVES :)
fikir dulu sebelum cakap..pandang diri sendiri atas bawah, sudah cukup perfect ka untuk mengata tentang orang lain..kejentikan kemindaan~
Saturday, 13 October 2012
Hanya dari paras rupa
Haa..siapa tau bait2 lagu saleem, menyayangimu "
Bukan kerana paras dan rupa..menyayangimu sepenuh hati..bukan kerana emas permata..cintaku tulus suci" lalalalaaaa...
Tipula..klu x pandang rupa dulukan..baru tgk hati..mmg 90% orang akan judge a book by its cover dulu..before exploring the content..ehem..and why is that? kerana dr mata turun ke hati..benar..kerana aku juga begitu..huahuahua..comelnya dia..hensemnya dia..kemudian baru kenali hatinya..perangainya..kdg2 mcm unfair pula..yala..mcm kau tu cantekkk sgt sampai nak memilih yg hensem ja..yg comel ja..tapi hakikatnya semua org pun sama..even dlm movie pun..kan??
Well actually..walaupun paras rupa yg dilihat dahulu tapi isi hatinya juga yg paling penting..mcm beli roti..tin roti tu iklannya bagai nak rak..kemain lg hebat..tapi dalamnya..indah khabar dr rupa..so..hati2 menilai cinta..tak kisah la gemuk ka..kurus ka..cacat ka..cantik ka..atau hodoh ka..yg penting perangai baik..baru lengkap..kecantikan tu..itu sebenarnya cermin kecantikan diri manusia.
Paras rupa hanya pinjaman semata2..bila2 ja tuhan boleh tarik balik..jadi bersyukur dengan apa yang tuhan bagi dan jangan sesekali riak serta takbur.. hehe dan jangan tlampau memilih pasangan sgt..nanti yg dikendong x dapat..yg dikejar berciciran pula..
jentik minda~
Saturday, 6 October 2012
Family always be number one
Pelik melihat ragam budak-budak zaman sekarang, bercinta sampai tak ingat dunia..sampai tak ingat pelajaran..kerja..haihhhs...kalau bercinta tu..sorry to say..terutamanya gadis2..macam dunia ini dia ngn bfnya saja yang punya..berpeluk, bercium bukan lagi satu drpada perkara yang dimalukan untuk lakukan didepan orang ramai..yalah..new school kan..
Ada pula bercinta sampai mau lupakan keluarga..sanggup lari tinggalkan keluarga..sanggup membelakangi keluarga demi cintanya pada bf/gf nya..padahal cintanya itu baru kenal dalam 2 ke tiga tahun..lagi teruk baru kenal 5 bulan dah nak lari ngn kekasih..teruk..teruk..tidak nampakkah beza perkenalan kita ngn kekasih dan keluarga? keluarga kita suda kenal kita lamaaaaaaa..compared to kekasih yg baru sekejap cuma..fikir2kanlah..tak memadai pun membelakangkan keluarga..x bahagia hidup bersama tanpa restu..
Jika benarpun cinta kamu tu cinta sejati..pasti sang kekasih akan setia menunggu kamu..pasti sang kekasih takkan biarkan kamu lari bersamanya tinggalkan keluarga..pasti sang kekasih akan cuma sedaya boleh untuk menunggumu meminta tanganmu dari kedua ibubapamu dan menjadikan kamu isteri yang sah :) kan lebih bahagia..janganlah hanya pentingkan diri sendiri saja..
jentik jentik minda
Tuesday, 25 September 2012
Eh Dara Lagi ke?
Isu dara atau tidak bukan lagi menjadi ukuran pada masa kini..sampai ada yang mengatakan susah mencari anak gadis yang masih ada daranya..yang dipandang hina sudah tentulah si gadis..tapi bukan si terunanya..kesian si gadis..sudah malang ditimpa malang lagi..
Bukan semua gadis yang hilang daranya itu atas kehendaknya..mungkin dia pernah satu ketika dulu dirogol..tperengkap dengan janji palsu si teruna..jadi jangan cepat utk salahkan si gadis..
Saya pernah terbaca..dara atau tidak..seorang perempuan tidak perlu untuk menceritakan pada sesiapa pun termasuk suami..betul ke? terpulang pada diri sendiri nak jujur atau tidak..yang penting janganlah hanya menunding jari pada kaum hawa saja..salahkan kaum adam juga.. :) tapi kalau yang belum kawin tu janganlah berani2 buat kalau tak berani tanggung risiko..nanti memperbanyakkan lagi kes buang anak..buat dosa saja :)
sekadar menjentik minda.. :)
Monday, 24 September 2012
Gemuk Gendut Gelebeh
wow..pasti banyak yang terasa jika kenyataan di atas dilemparkan pada sesetengah orang..(walaupun mereka sebenarnya bukanlah drpd kategori itu pun)..lebih2 lagi perempuan memang pantang la..nak2 org yg ckp tu kena hempuk kat situ jugak..
Kadang2 saya terfikir..begitu penting kah soal gemuk dan kurus itu sehinggakan ada yang sanggup bayar beratus ribu untuk mendapat bentuk badan yg org cakap perfect..senang cakap perempuan la yang paling menjaga soal2 berat badan ni..takut tiada orang nak la..takut si bf lari la..takut suami cari lain la..bukan sebab mau jaga kesihatan..tapi mau jaga pandangan mata orang lain pula..sendiri susah..ada yang sampai tak makan nasi 1 tahun..aduhai..
Maybe dalam fikiran mereka..kurus itu cantik tapi pada saya gemuk itu ada tarikan sendiri dan comel apa..kita bukan menilai kecantikan dari fizikal tapi sepatutnya dari dalaman..rohani..kalau badan seksi..mengiurkan tapi perangai macam syaitan nirrajim pun tak guna jugak..lagipun nak tunjuk body dgn siapa? apa motif?
Jadi pada pendapat saya, diet itu baik..memang tidak disangkal..semua pun berkehendakan body kurus..slim.. tapi jangan sampai membebankan diri sendiri..sampai sakit pulak..kalau gemuk pun gemuklah..baru kita tau orang kesayangan kita itu terima kita seadanya atau tidak..hee..
jentik minda sikit :)

Sunday, 23 September 2012
Duhai derita isteri kedua
Assalamualaikum :)
"Isteri kedua? kenapa perlu laki aku cari perempuan lain diluar? gatal sangat! yang perempuan ni pun satu..dah xda jantan lain nak..laki aku juga..hishhhhh!!!!"
Begitulah keluhan-keluhan yang kebanyakan isteri pertama lontarkan. Segala caci maki ditaburkan pada isteri kedua. Ya, siapa tak sayang laki oii..nak ke berkongsi kasih dengan orang lain? tak mungkin. Tapi kenapa tak bagi peluang pada isteri kedua untuk luahkan apa pulak yang dilaluinya..bukan salahnya mencintai seorang lelaki, bukan cita-citanya menjadi isteri yang kedua..sudah begitu qada dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT..dia juga tak mampu untuk menolaknya.
Sedarkah orang lain betapa deritanya menanggung perasaan menjadi yang kedua? terpaksa selalu beralah pada yang pertama..walau sakit hatinya, terpaksa senyum untuk menjaga hati suaminya..layanan sang suami manusia yang biasa pula tipu la kalau adil 100%..pasti ada lebih sikit dimana-mana..dan selalunya yang lebih tu pasti kearah isteri pertama..tapi isteri kedua langsung tidak kisah walau memang kadang-kadang terguris perasaannya. Menjadi isteri kedua, menguji banyak kesabaran dari segi mental dan fizikal.
Pernah terlintas tak difikiran, pilihan-pilihan yang sang suami terpaksa buat untuk cuba membahagiakan kedua-dua pihak. Pihak kedua pastinya selalu beralah. contohnya, ketika isteri kedua ingin menyambut hari ulangtahun perkahwinan, pasti dia mahu suami ada disisi..pada masa yang sama, anak isteri pertama sakit..kamu rasa yang mana satu pilihan si suami? jika kamu memilih untuk si suami berada disisi isteri kedua, namun tahukah kamu pilihan isteri kedua yang memahami dan sedar walaupun perit, dia tetap akan berkata dan tersenyum "pergilah abang..lain kali pun boleh celebrate." dan sebab itu suami lebih sayang isteri kedua bukan sebab isteri kedua masih bergetah tapi sebaliknya lebih memahami :)
itu hanya pendapat saya :) jangan marah ye..jentik minda sikit..
